Abd. Rahman kembali terajui UMNO Bahagian Sabak Bernam - Utusan Malaysia

Abd. Rahman kembali terajui UMNO Bahagian Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 30 Jun – Pemilihan jawatankuasa UMNO Bahagian Sabak Bernam hari ini menyaksikan penyandang jawatan ketua bahagian itu, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh tewas kepada Datuk Abd. Rahman Bakri.

Memuatkan artikel berkaitan…
ABD. RAHMAN
ABD. RAHMAN

Dalam pemilihan itu, Abd. Rahman mendapat 247 undi berbanding Mohd. Fasiah yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam yang hanya mampu memperoleh 211 undi.

Sebelum ini, Abd. Rahman pernah menjawat Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan merupakan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam menyaksikan, Sallehuddin Mohd.Iskan memenangi jawatan tersebut dengan memperoleh 241 undi mengatasi lawannya, Nazam Azhari Md. Yasin yang mendapat 212 undi.

Sementara kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dimenangi Ketua UMNO Cawangan Parit 6, Jamil Hassan yang memperoleh 278 undi menewaskan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Air Tawar, Muhamad Bajuri Ibrahim mendapat 177 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN