Abd. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam - Utusan Malaysia

Abd. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh tewas kepada Datuk Abd. Rahman Bakri pada pemilihan bahagian itu di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abd. Rahman mendapat 247 undi berbanding Mohd. Fasiah yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam hanya memperoleh 211 undi.

Sebelum ini, Abd. Rahman pernah menjawat Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam menyaksikan, Sallehuddin Mohd. Iskan memenangi jawatan itu dengan memperoleh 241 undi mengatasi lawannya, Nazam Azhari Md. Yasin yang mendapat 212 undi.

Sementara kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dimenangi Ketua UMNO Cawangan Parit 6, Jamil Hassan yang memperoleh 278 undi manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) DUN Sungai Air Tawar, Muhamad Bajuri Ibrahim mendapat 177 undi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN