Suspek bunuh ibu bebas dadah dan alkohol - Utusan Malaysia

Suspek bunuh ibu bebas dadah dan alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 30 Jun – Lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai membunuh ibu kandungnya di kediaman mereka di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Bukit Changgang di sini semalam, bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah.

Menurutnya, ujian air kencing dan darah yang dilakukan ke atas suspek semalam mendapati suspek negatif daripada bahan terlarang tersebut.

“Namun, kita masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana keadaan suspek kini yang masih belum waras.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa yang dijalankan di Hospital Banting semalam pula mendapati mangsa meninggal dunia akibat tusukan pisau pada kepala dan paru-paru,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, berusia 50 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dengan tiga kesan tikaman pada kepala dan dada. 

Kejadian itu disedari suami dan anak mangsa berusia 12 tahun yang baru pulang daripada solat Jumaat kira-kira pukul 2.10 petang.

Kamalariffin memberitahu, polis telah mendapat perintah tahanan reman  daripada mahkamah ke atas suspek hari ini.

“Suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga mangsa semalam sejurus selesai proses bedah siasat bagi urusan pengkebumian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN