Shahidan, Azlan dan Zahidi pertahan jawatan masing-masing - Utusan Malaysia

Shahidan, Azlan dan Zahidi pertahan jawatan masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 30 Jun – Pemilihan UMNO di kesemua tiga bahagian di negeri ini hari ini menyaksikan kesemua penyandang bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian mengekalkan jawatan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 1995 menang bergaya apabila memperolehi 502 undi meninggal jauh pencabarnya, Mohd. Khalid Ahmad yang sekadar memperolehi 96 undi dalam pertembungan satu lawan satu itu.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau pula menampilkan muka baharu apabila Ketua UMNO Cawangan Sentang, Salim Dahaman yang memperolehi 441 undi berjaya menewaskan Ketua UMNO Cawangan Titi Besi, Yusof Othman yang sekadar memperolehi 141 undi.

Di Kangar, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man turut mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian yang disandangnya sejak tahun 2013 apabila menewaskan Naib Ketua UMNO Bahagian, Azahar Ahmad.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu Azlan berjaya memperolehi 420 undi manakala Azahar sebanyak 220 undi.

Dalam pada itu, bekas Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, selepas pencabarnya, Datuk Abdul Jamil Saad mengumumkan menarik diri.

Di Padang Besar, menyaksikan persaingan sengit apabila penyandang Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zahidi Zainul Abidin menang tipis dengan kelebihan 10 undi mengenepikan pencabarnya, Khairul Akhbar dalam pertembungan satu lawan satu.

Zahidi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri memperolehi 342 undi manakala Khairul Akhbar sebanyak 332 undi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Azizan Sulaiman menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

Dalam pada itu, Mesyuarat Perwakilan UMNO di tiga bahagian tersebut berlangsung tenang dengan tidak ada sebarang kekecohan berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN