Amanah serah pelantikan anggota Kabinet kepada PM - Utusan Malaysia

Amanah serah pelantikan anggota Kabinet kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan menteri atau timbalan menteri dalam kalangan anggota parti itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak membuat sebarang cadangan pelantikan mana-mana individu daripada Amanah sebaliknya telah menyerahkan 20 nama kepada Dr. Mahathir untuk proses penilaian dan pemilihan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, senarai nama muktamad berkenaan dijangka diumumkan pada Isnin ini disusuli majlis angkat sumpah jawatan tersebut.

“Ia (senarai penuh) belum diumumkan lagu dan saya tidak berani komen lagi sehingga Dr. Mahathir sendiri mengumumkannya kerana mungkin ada perubahan di saat akhir, saya tidak tahu.

“Senarai yang tular sebelum ini belum boleh dipercayai kerana ia masih di peringkat khabar angin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Amanah Peringkat Nasional di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari juga Pengerusi Amanah Melaka, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub serta pemimpin Amanah yang lain antaranya Khalid Abdul Samad dan Mahfuz Omar. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN