Budak lelaki dua tahun mati lemas terjatuh dalam bekas air - Utusan Malaysia

Budak lelaki dua tahun mati lemas terjatuh dalam bekas air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui mati lemas dipercayai terjatuh di dalam bekas air selepas bermain di bilik air rumahnya di Kampung Padang Bual, Hulu Besut dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, Muhammad Harif Iskandar Rosli disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan di Unit Kecemasan Hospital Besut di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki itu yang juga anak keempat daripada lima beradik dipercayai bermain berseorangan di dalam bilik air tersebut tanpa disedari ahli keluarganya yang lain.

“Kehilangan Muhammad Harif Iskandar hanya disedari kakaknya, Ayuni, 9, sebelum mencarinya di bahagian dapur dan bilik air.

“Kakak mangsa kemudiannya terkejut apabila mendapati adiknya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bekas air di dalam bilik air sebelum memaklumkannya kepada ibu bapanya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN