Ada dua, tiga ringgit sahaja, hendak beku buat apa - Shahidan Kassim - Utusan Malaysia

Ada dua, tiga ringgit sahaja, hendak beku buat apa – Shahidan Kassim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 30 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tidak ada keperluan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik parti itu di Perlis kerana mereka tidak mempunyai wang yang banyak dan tidak ada kena mengena dengan siasatan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…
SHAHIDAN KASSIM
SHAHIDAN

Katanya, pada masa ini, beliau sendiri tidak tahu sama ada akaun parti itu dibekukan atau sebaliknya sebagaimana yang berlaku kepada UMNO Pusat, Selangor dan Johor.

“Saya tidak tahu beku atau tidak. Kami tidak menerima apa-apa duit dan mana ada duit. Setakat ada dua atau tiga ringgit hendak beku buat apa.

“Setakat ini, kami tidak menerima apa-apa makluman daripada pihak berkuasa itu dan sekiranya ada, kami akan akur,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Semalam pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO.

Pasukan tersebut dalam satu kenyataan berkata, turut dibekukan ialah akaun parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB serta akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes tersebut.

Selain UMNO Pusat dan Selangor, akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Padang Besar, Azizan Sulaiman turut mengesahkan akaun parti berkenaan di Padang Besar masih aktif.

“Akaun yang dibekukan SPRM itu saya difahamkan ada yang dikaitkan dengan 1MDB, kita bebas dari perkara berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN