[VIDEO] Tiket percuma separuh akhir kedua Piala FA PKNP-Pahang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tiket percuma separuh akhir kedua Piala FA PKNP-Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 Jun – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian tiket percuma kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di antara pasukan PKNP dan Pahang di Stadium Perak di sini esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu melalui rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi media sosial PKNP, hari ini.

Dalam rakaman video tersebut, Ahmad Faizal berkata, tiket percuma itu bagi memberi peluang kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurutnya, peminat perlu memberikan sokongan penuh kepada para pemain untuk menjulang nama negeri Perak dan mendoakan agar PKNP mendapat kemenangan dalam perlawanan esok.

“Para pemain perlu beraksi bersungguh-sungguh dengan mempersembahkan semangat juang yang kuat dan disiplin yang baik,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu, para penyokong boleh mendapatkan tiket percuma mulai esok di Stadium Perak iaitu di Kaunter Pentas Utama (2 hingga 6 petang) dan Kaunter B, D dan E (6 petang hingga 9.45 malam) maksimum empat keping tiket setiap seorang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN