Budak maut terlungkup dalam takungan air - Utusan Malaysia

Budak maut terlungkup dalam takungan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 30 Jun – Seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemukan lemas dalam sebuah bekas takungan setelah dipercayai terjatuh ketika bermain di bilik air rumahnya di Kampung Padang Bual Hulu Besut, dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
MUHAMMAD HARIF
MUHAMMAD HARIF

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Harif Iskandar Rosli, anak keempat dari lima beradik itu dikatakan bermain bersendirian seorang diri dengan mencebuk air tanpa disedari oleh anggota keluarganya.

Bapanya, Rosli Johari, 37, memberitahu, kakak mangsa, Ayuni 9, yang menyedari adiknya tidak kelihatan dalam rumah, bertanya kepada ibunya, Nor Hanam Mat Tasin, 27.

“Ayuni kemudian ke bilik air dan mendapati adiknya berada dalam keadaan terlingkup dalam tong plastik, dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Rosli berkata, anaknya dikejarkan ke Hospital Besut dan kemudian disahkan telah meninggal dunia. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tidak ada unsur jenayah dan kematian mangsa dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN