Shahidan Kassim pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau - Utusan Malaysia

Shahidan Kassim pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 30 Jun – Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau dalam pemilihan parti itu, di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 1995 menang bergaya apabila memperolehi 502 undi meninggal jauh pencabarnya, Mohd. Khalid Ahmad yang sekadar memperolehi 96 undi dalam pertembungan satu lawan satu itu.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau menampilkan muka baharu apabila Ketua UMNO Cawangan Sentang, Salim Dahaman yang memperolehi 441 undi berjaya menewaskan Ketua UMNO Cawangan Titi Besi, Yusof Othman yang sekadar memperolehi 141 undi.

Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau menyaksikan pertembungan satu lawan satu selepas penyandangnya, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar daripada UMNO baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob berjaya memenangi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian.

Nurulhisham yang memperolehi 481 undi menewaskan Zairul Annuar Kamis yang mendapat 117 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN