Ahmad Razif gagal pertahan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus - Utusan Malaysia

Ahmad Razif gagal pertahan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Kuala Nerus pada pemilihan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga bekas Menteri Besar tewas mengejut dengan penyandang Naib Ketua Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir memperoleh 424 undi manakala Apli pula dengan 465 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua bahagian pula, penyandang, Datuk Basir Ismail juga tewas dengan pesaingnya, Mohd. Shapian Ali yang juga bekas ADUN Seberang Takir.

Bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali pula menjadi naib ketua bahagian selepas memperohi undi 473 undi berbanding bekas ketua pemuda bahagian, Khairuddin Abd. Majid (360 undi) dan bendahari bahagian, Anuwar Mohd. (49 undi). – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN