Enam calon Ketua UMNO bahagian di Kedah menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Enam calon Ketua UMNO bahagian di Kedah menang tanpa bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seramai enam calon Ketua UMNO Bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding pada pemilihan peringkat bahagian  masing-masing hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon-calon yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid di bahagian Padang Terap, Datuk Mohd. Yusof Ismail (Alor Setar), Datuk Hashim Jahaya (Kuala Kedah) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai).

Dua lagi calon yang menang tanpa bertanding adalah Tajudin Abdullah (Sik) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Empat daripada mereka iaitu Mahdzir, Jamil Khir, Mohd. Tajudin dan Abdul Azeez  merupakan penyandang jawatan tersebut.

Sementara itu, Mohd. Yusof dan Hashim merupakan dua muka baharu yang bertanding jawatan tersebut menang tanpa bertanding.

Jumlah keseluruhan UMNO bahagian di negeri adalah 15 bahagian. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN