Anwar dikunjungi Lim Guan Eng - Utusan Malaysia

Anwar dikunjungi Lim Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan menerima kunjungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong di Pusat Perubatan Universiti Malaya, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu, dalam pertemuan itu, banyak perkara yang dibincangkan selain bertukar-tukar pandangan.

“Terima kasih Lim Guan Eng dan Liew Chin Tong atas kunjungan ziarah malam semalam.

“Bila Menteri Kewangan berjumpa bekas Menteri Kewangan, pasti banyaklah yang dibincangkan. Di sela masa tersebut, saya titip beberapa pandangan dan nasihat. Teruskan agenda pembaharuan, YB!,” katanya dalam laman Facebook di sini hari ini.

Anwar dikejarkan ke PPUM pada 23 Jun lalu berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya selepas pulang dari lawatan ke Turki. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN