Apli terajui UMNO Kuala Nerus - Utusan Malaysia

Apli terajui UMNO Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 30 Jun – Perwakilan UMNO bahagian Kuala Nerus memperlihatkan keinginan untuk membawa perubahan apabila teraju kepemimpinan bertukar dalam pemilihan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apli Yusoff,48, yang sebelum ini merupakan Naib Ketua UMNO bahagian, memperoleh 465 undi untuk membolehkannya muncul sebagai Ketua UMNO bahagianyang baharu dengan menewaskan bekas Menteri Besar , Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (422 undi).

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir awalnya dikatakan bersedia melepaskan jawatan yang disandangnya penggal lalu namun memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilihat lari daripada tanggungjawab ketika UMNO dalam keadaan lemah.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian, bekas ADUN Seberang Takir Mohd Shapian Ali yang memperoleh 576 undi mengambil alih tempat Datuk Basir Ismail yang memperoleh 302 undi dalam pemilihan yang berlangsung di Hotel TH di sini.

Bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Raja Ali pula dipilih sebagai Naib Ketua UMNO bahagian dengan memperoleh 473 undi menewaskan dua pesaingnya, bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian, Khairuddin Majid (360) dan Bendahari UMNO bahagian, Anuwar Mohd (49.) -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN