Kaji semula kebenaran bawa alat peranti ke sekolah - Utusan Malaysia

Kaji semula kebenaran bawa alat peranti ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 Jun – Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula cadangan membenarkan pelajar membawa alat peranti ke sekolah untuk tujuan membuat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan melihat kepada keperluan penggunaan peranti tersebut termasuk beberapa isu yang perlu diberi perhatian seperti keselamatan dan prasarana yang cukup sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tidak mahu ada alat peranti tetapi perisian yang digunakan tidak lengkap dan rangkaian internet jalur lebar rendah atau pelajar sendiritidak mesra dengan teknologi yang ada. Jadi ia perlu berjalan seiring.

“Jika kita hanya tekankan tentang alat peranti sahaja, kontraktor yang hanya mendapat untung sedangkan pelajar tidak mendapat manfaatnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd. Hanifah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN