Abdul Azeez menang tanpa bertanding di Baling - Utusan Malaysia

Abdul Azeez menang tanpa bertanding di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 30 Jun – Saat akhir penarikan diri calon yang bertanding Ketua Bahagian UMNO memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada penyandangnya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Ketua UMNO Bahagian, Syamsuddinnor Shaari, 44, berkata, penarikan dirinya di saat-saat akhir bukan atas desakan ataupun hasutan daripada mana-mana pihak.

“Setelah mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sejak beberapa hari lalu sama ada untuk meneruskan atau tidak, di saat-saat genting ini, saya sendiri mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding.

“Dan pada saat ini saya masih terkenangkan ibu saya, Siti Fatimah Baharom, 70, dan isteri, Siti Mariam Abdul Majid, 44, yang bersungguh-sungguh meminta saya menarik diri daripada terus bertanding pada pagi ini,” kata Syamsuddinnor ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Dewan Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Menurutnya, segala kata-kata dan nasihat ibu dan isterinya masih terngiang di telinganya dan akur kehendak ibunya, seterusnya menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga tidak mahu derhaka terhadap ibunya kerana tidak menuruti ataupun mentaati arahan ibunya dan tidak mahu ‘miskin’ di akhirat.

Namun begitu, beliau tetap berikrar akan membantu Abdul Azeez dan barisan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) UMNO baharu untuk terus memperkuatkan parti UMNO.

“Saya berjanji akan membantu dan memulihkan kegemilangan UMNO walaupun tanpa sebarang jawatan agar parti keramat ini terus mendapat kepercayaan rakyat seperti sebelum ini,” kata Syamsudinnor.

Seramai 1,271 daripada 1,373 perwakilan daripada 235 cawangan daripada 242 cawangan yang hadir pada hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN