BERA 30 Jun – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera dalam pemilihan parti hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
![]() |
|
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
|
Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 tidak dicabar mana-mana perwakilan sekali gus mengekalkan jawatan tersebut.
Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian pula menyaksikan muka baharu iaitu Ismail Shafie menang tanpa bertanding selepas penyandang, Datuk Mohd. Fadil Osman menarik diri.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua UMNO bahagian itu selepas tidak dicabar oleh perwakilan. – UTUSAN ONLINE












