Jangan swastakan perkaderan - Utusan Malaysia

Jangan swastakan perkaderan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Jun – Konsep perkaderan merupakan elemen penting dalam melahirkan pejuang parti yang sanggup berkorban tanpa habuan wang ringgit.

Memuatkan artikel berkaitan…
ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, elemen itu juga penting dalam melahirkan bakat baharu yang boleh ditonjolkan kehadapan.

Jelasnya, sebab itu beliau memperkenalkan agenda 5 P yang bukan sekadar berhasrat menambah keahlian UMNO, sebaliknya mentarbiyah jiwa pemuda sejak awal.

“Selama ini, kita banyak menswastakan elemen perkaderan kepada pihak swasta sedangkan parti lawan sudah mula melatih sejak zaman sekolah dan universiti.

“Ini penting kerana kita ingin melahirkan pejuang parti bukannya pekerja parti dan UMNO juga tidak boleh berlagak seperti dulu lagi kerana kita bukan sebuah kerajaan seperti dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pemuda Bahagian negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN