MELAKA – Perbuatan seorang peniaga alat ganti kenderaan mengugut dan menghalang seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjalankan tugas di Jonker Walk sehingga tular dalam laman sosial membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majistret Mohd. Firdaus Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Soon Wei Meng, 42, dari Batu Berendam di sini mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mohd. Firdaus memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh jatuh hukum.











