UMNO perlu bersatu rampas tampuk pemerintahan negara - Utusan Malaysia

UMNO perlu bersatu rampas tampuk pemerintahan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Calon-calon pemilihan UMNO sama ada yang menang ataupun kalah dalam sesi pemilihan yang akan dijalankan serentak esok digesa untuk terus bersatu bagi menerajui dan merampas tampuk pemerintahan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…
nazir hussin
NAZIR HUSSIN

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, pemilihan kali ini amat sengit dan lebih terbuka untuk semua calon yang layak bertanding.

Keterbukaan ini katanya, amat besar maknanya dan ia memberi peluang kepada semua ahli UMNO untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui parti serta merampas semula tampuk pemerintahan negara.

“Sebagai orang muda yang turut sama menawarkan diri bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO kali ini, saya amat berharap kepemimpinan kali ini lebih bersikap sebagai seorang pejuang Melayu dan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

“Saya juga jika diberi peluang menang dalam pemilihan kali ini, akan memastikan perjuangan kepimpinan terdahulu diteruskan serta digarap dengan kehendak orang muda masa kini agar UMNO dapat diterima semula generasi muda negara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN