Sardin keluaran King Cup tidak terbabit arahan tarik balik - Utusan Malaysia

Sardin keluaran King Cup tidak terbabit arahan tarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat Marushin Canneries (M) Sdn Bhd menjelaskan  bahawa produk sardin dalam tin berjenama King Cup yang dikeluarkannya tidak terbabit dengan produk sardin yang ditarik balik dari pasaran seperti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusianya, Josephine Loo dalam kenyataan hari ini berkata, produk ‘King Cup-Sardines in Tomato Sauce’ tidak terkandung dalam senarai produk yang ditarik balik seperti dilaporkan.

“Kenyataan KKM dengan jelas menyatakan (syarikat itu) Mackerel in Tomato Sauce (antara produk yang ditarik balik), bukan Sardines in Tomato Sauce,” katanya.

Menurut kenyataan KKM semalam, tiga produk sardin dalam tin dan tiga produk mackerel dalam tin dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing.
Sehubungan itu KKM telah mengarahkan produk berkenaan ditarik balik dari pasaran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN