Laluan England masih mudah, 'jika' dapat kalahkan Colombia - Utusan Malaysia

Laluan England masih mudah, ‘jika’ dapat kalahkan Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kekalahan 0-1 England kepada Belgium dalam aksi Kumpulan G Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 FIFA awal pagi tadi dilihat bukan satu pengakhiran buat juara 1966 itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

England memerlukan kemenangan untuk menjuarai Kumpulan G, sekali gus mencerahkan peluang mereka mara ke final dengan mendapat laluan mudah bertemu Jepun di pusingan 16 pasukan terbaik.

Sebaliknya, skuad The Three Lions itu gagal menyaingi pasukan simpanan Belgium dan terpaksa berdepan juara Kumpulan H, Colombia di saingan kalah mati tersebut.

Ini bermakna England masih tetap berjaya mendapat laluan ‘lebih mudah’ untuk ke final, ‘SEKIRANYA’ berjaya mengalahkan Colombia, pasukan No. 14 dunia di pusingan kedua awal pagi Rabu depan.

Jika menang, barulah skuad kendalian Gareth Southgate itu akan bertemu lawan mudah sama ada Sweden atau Switzerland pada pusingan suku akhir.

England sebelum ini pernah layak ke suku akhir sebanyak enam kali (1954, 1962, 1970, 1986, 2002 dan 2006), namun mereka juga pernah tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik sebanyak empat kali, kali terakhir pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Pencapaian terbaik mereka ialah ketika muncul juara pada edisi 1966 sebagai tuan rumah manakala rekod terburuk pula gagal melepasi peringkat kumpulan tiga kali, kali terakhir pada 2014 di Brazil.

Pada edisi 1990 di Itali, England hampir berjaya menjuarai gelaran kedua namun tewas di peringkat separuh akhir kepada juara, Jerman dan berpuas hati di tempat keempat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN