Sumbang RM10 bantu pesakit Autisme - Utusan Malaysia

Sumbang RM10 bantu pesakit Autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Animals For Young dengan kerjasama A+ menganjurkan program Roll Out di pusat beli-belah Sunway Vellocity, di sini bagi membolehkan orang ramai menyalurkan dana untuk membantu kanak-kanak Autisme.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas Animals for Young, Dr. E. Joon Khew berkata, program bersempena musim Piala Dunia itu diisi dengan pelbagai aktiviti bagi membolehkan kanak-kanak merayakannya dengan cara lebih menyeronokkan dan berpengetahuan.

Menurutnya, orang ramai atau ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka ke situ boleh menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 ke dalam tabung disediakan dan kanak-kanak berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

“Selepas menyumbang, anak-anak boleh menyertai cabaran Giant Soccer di mana mereka akan menempuh halangan bola sepak dan akhirnya menjaringkan gol menggunakan bola raksasa.

“Rintangan ini dibina dengan permainan Weplay, sebuah permainan yang mendapat anugerah antarabangsa.

“Walaupun tidak sukar untuk menempuh rintangan itu, tetapi sebenarnya mereka membina kemahiran, keseimbangan, sentuhan dan pemikiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat lima aktiviti lain untuk kanak-kanak meningkatkan kreativiti mereka iaitu origami jersey and design, color your football, finger paint soccer action, face of world cup dan world cup country coloring.

“Ini merupakan aktiviti berpengetahuan, menyeronokkan dan bermanfaat dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

“Semua aktiviti dirancang untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran, deria integrasi, pemikiran kritis, imaginasi, koordinasi tangan dan kemahiran sosial,” ujarnya.

Menurutnya, program yang dibuka kepada orang ramai itu berlangsung di pintu masuk V Boulevard, tingkat 1, pusat beli-belah Sunway Velocity dari 27 Jun lalu hingga 1 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN