Mansuhkan MKN, bukan kaji semula - Utusan Malaysia

Mansuhkan MKN, bukan kaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Lawyers for Liberty menggesa kerajaan memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya mengkaji semula.

Memuatkan artikel berkaitan…
Latheefa Koya
LATHEEFA KOYA

Pengarah Eksekutif, Latheefa Koya berkata, Malaysia mempunyai beberapa undang-undang untuk menyelesaikan isu keselamatan negara termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Akta MKN ini tidak perlu dikaji semula tetapi dimansuhkan terus seperti yang dijanjikan dalam manisfesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana Akta MKN jelas tidak mengikut prinsip demokrasi.

“Seharusnya, kerajaan hari ini menunaikan janji untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku dalam pimpinan kerajaan terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan melihat dengan serius sama ada MKN dikekalkan atau dimansuhkan.

Beliau juga mahu pelaksanaan MKN tidak ditekan untuk menjadi alat menyokong parti politik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN