Semak, imbang bidang kuasa menteri terhadap Islam - Utusan Malaysia

Semak, imbang bidang kuasa menteri terhadap Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Kuasa eksekutif atau menteri khususnya yang menjaga hal ehwal Islam di negara ini perlu dipantau supaya tidak terlalu berkuasa, sehingga mengatasi peranan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti berkata, hal itu penting bagi mengimbangi kuasa antara pentadbiran Pusat dan negeri dalam soal agama Islam, seterusnya memastikan Islam tidak dipolitikkan.

Malah katanya, perkara itu mungkin boleh diperhalusi oleh jawatankuasa khas yang mahu ditubuhkan kerajaan bertujuan, membincangkan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak mahu ada menteri yang terlalu berkuasa, dikhuatiri boleh berlakunya salah guna kuasa.

“Ini kerana bidang kuasa agama itu menurut Perlembagaan Persekutuaan terletak di bawah bidang kuasa Sultan. Kita perlu ada semak dan imbang dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Kementerian Pertahanan untuk menarik balik penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi, Muhammad Afifi berkata, perkara itu perlu dikaji secara terperinci.

Namun beliau berpendapat adalah lebih baik Malaysia tidak berpaksi kepada mana-mana pihak sehingga boleh menggugat hubungan negara ini dengan negara-negara Islam yang lain.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN