Kerajaan nilai keperluan pinda hukuman mati mandatori - Utusan Malaysia

Kerajaan nilai keperluan pinda hukuman mati mandatori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan akan menilai semula keperluan untuk meminda hukuman mati mandatori yang dijalankan di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan itu juga perlu sekiranya bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 mahu pulang ke negara ini bagi menjadi saksi kes tersebut.

“Langkah ini juga bertepatan jika Sirul mahu pulang ke Malaysia untuk menjadi saksi kes yang melibatkan dirinya.

“ Malah dikatakan juga kerajaan Australia tidak boleh mengekstradisi mana-mana pesalah yang mencari pelindungan di negara itu untuk pulang ke negara ini kerana ada hukuman mati mandatori dilaksanakan di Malaysia. Perkara itu ada dibincangkan samada perlu untuk kita ubah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan EduWAQF, iaitu wakaf pendidikan hasil inisiatif AWQAF Holdings Bhd. di Pusat Konvensyen Bangi di sini hari ini.

Sehubungan itu juga, jelas Dr. Wan Azizah, kerajaan menerusi mesyuarat Kabinet yang lalu juga mengambil keputusan untuk menangguhkan hukuman terhadap 17 banduan berkaitan dadah yang berada dalam senarai untuk menghadapi hukuman gantung.

“Kerajaan Barisan Nasional juga sebelum ini telah buat keputusan untuk menangguhkan hukuman terhadap banduan-banduan tersebut dan kami juga akan meneruskan keputusan untuk menangguhkan hukuman itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN