KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk membawa pulang kira-kira 200 anggota tentera Malaysia yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi dalam masa terdekat bagi mengelakkan Malaysia terperangkap dalam konflik berdarah di Asia Barat.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberitahu, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu kerana Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa besar dunia.
Menurutnya, penarikan semula anggota tentera itu juga dilakukan setelah melihat bilangan rakyat Malaysia yang berada di Yemen sejak tahun 2015 semakin berkurangan.
“Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Ops Yemen telah bermula sejak 2015 lagi dan sehingga kini telah menyaksikan penyusutan yang ketara berhubung bilangan rakyat (Malaysia) khususnya yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yemen.











