SAUDARA PENGARANG,
SAYA dapati perpustakaan desa kini lebih banyak menyimpan buku-buku lama dan terlalu kurang buku-buku terbitan baharu.
Sudah tiba masanya pihak berkenaan memperbanyakkan lagi buku-buku baharu bagi membolehkan para pelajar mendapat pengetahuan dan ilmu-ilmu baharu.
Memang diakui, buku-buku baharu hanya terdapat di kedai-kedai buku. Namun, jangan kita lupa bahawa ada dari kalangan pelajar yang tidak mampu meberi buku-buku baharu disebabkan kekangan pendapatan keluarga.
Malah, ada juga pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman dan untuk pergi ke bandar memberi buku-buku baharu adalah jarang sekali.
Sehubungan itu, pihak berkenaan perlulah mengambil langkah memperbanyakkan buku-buku keluaran terbaharu di perpustakaan-perpustakaan desa. Walaupun langkah ini akan melibatkan peruntukan atau bajet tambahan, namun demi masa depan generasi baharu, ia perlu dilakukan. Malah, ini salah satu cara untuk memupuk minat membacar bukan sahaja kepada pelajar, juga golongan ibu bapa. Jangan lupa juga, perbanyakkan buku-buku untuk golongan ibu bapa.
TIDAK BUTA HURUF
Perak











