Sayap UMNO tunjang masa depan parti - Utusan Malaysia

Sayap UMNO tunjang masa depan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

TAHNIAH, diucapkan kepada Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan yang diumumkan sebagai ketua pergerakan sayap UMNO baharu bagi penggal 2018-2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noraini adalah pemimpin terkenal sejak zaman keanggotaannya dalam sayap Puteri UMNO dan diyakini cukup layak memimpin Wanita UMNO kembali ke puncak sebagai tulang belakang parti.

Begitu juga Asyraf Wajdi yang terkenal sebagai ilmuan agama pasti dapat mengubah arah gerakan Pemuda UMNO ke arah lebih Islamik dan menyeluruh dalam perjuangan parti.

Zahida pula memang sudah terkenal dari dahulu sebagai antara anggota Puteri UMNO yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan tentu mampu menggalas tanggungjawab menarik anak muda kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Saya cuma ingin nasihatkan agar ketiga-tiga pemimpin pilihan ini terus menjaga imej diri dan parti supaya tidak terus dimanipulasi pihak lawan khususnya mengukuhkan perjuangan Melayu, menjulang agama Islam dan mengembalikan kegemilangan UMNO.

Bersihkan persepsi sayap Wanita sebagai penyokong membuta-tuli, sayap Pemuda umpama syok sendiri dan sayap Puteri hanya untuk mencuci mata lelaki miang.

Tonjolkan orang UMNO dan orang Melayu menjunjung agama di tangan kanan dan maruah budaya bangsa di tangan kiri, bukannya sekadar parti politik mengejar kuasa dan kekayaan.

VETERAN UMNO

Alor Setar, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN