UniMAP mampu anjur Kejohanan Woodball Dunia 2020 - Utusan Malaysia

UniMAP mampu anjur Kejohanan Woodball Dunia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 28 Jun – Pemilihan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai venue utama Kejohanan Dunia Woodball 2020 diyakini tidak akan mengecewakan Perlis selaku tuan rumah memandangkan universiti itu mempunyai pengalaman menganjurkan pelbagai kejohanan besar sebelum ini.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bertitah kali pertama universiti itu menganjurkan kejohanan besar woodball ialah pada November 2013 apabila menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Universiti Asia Pertama dan disusuli Kejohanan Woodball Universiti Dunia ke-4 pada Oktober 2014.


Pengalaman penganjuran kejohanan besar itu merupakan kelebihan kepada UniMAP dalam menganjurkan Kejohanan Woodball Dunia 2020, titah baginda selepas sesi penggambaran video rasmi berjudul ‘Welcome To Perlis 2020’ di sini semalam.


Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan dunia itu akan diadakan di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP.

Perlis mempunyai tujuh gelanggang woodball kekal dan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang menganjurkan pertandingan liga sepanjang tahun bagi merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra, Piala Tuanku Canselor UniMAP serta Piala Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPS). – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini