Empat wanita, dua lelaki termasuk remaja ditahan, dadah bernilai RM25,820 dirampas - Utusan Malaysia

Empat wanita, dua lelaki termasuk remaja ditahan, dadah bernilai RM25,820 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Polis menahan empat wanita dan dua lelaki yang seorangnya merupakan remaja bawah umur kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah menerusi dua serbuan di sekitar Ampang dekat sini semalam dan kelmarin.

Hasil tangkapan tersebut, turut dirampas iaitu pelbagai jenis dadah bernilai RM25,820.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias berkata, dalam serbuan pertama, seorang wanita dan lelaki ditahan dalam sebuah kereta di tepi jalan di kawasan Pandan Perdana, dekat sini kelmarin sebelum menemukan sejumlah dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, susulan daripada itu, pihaknya melakukan satu serbuan ke atas sebuah rumah di Pandan Indah sebelum menemukan pelbagai jenis dadah di dalam kediaman terbabit.

“Dalam serbuan kedua pula, kita telah menahan tiga wanita dan seorang remaja di sekitar Ampang semalam sebelum menemukan dadah dipercayai ganja.

“Kesemua suspek kini direman bagi siasatan lanjutdi bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (2), seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini