Bekas suami pelakon menyamar anggota SPRM direman empat hari - Utusan Malaysia

Bekas suami pelakon menyamar anggota SPRM direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Jun – Bekas suami kepada pelakon antara dua suspek yang menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman empat hari bermula hari ini.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu bagi dijalankan siasatan mengikut Seksyen 16A(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber SPRM memaklumkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 37 dan 38 tahun dipercayai meminta RM1 juta daripada seorang pemimpin parti politik bergelar Datuk di utara yang kononnya sedang siasat SPRM membabitkan satu kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata sumber sama lagi, bekas suami pelakon itu yang juga ahli politik mendakwa dirinya sebagai perantara kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pengurusan tertinggi SPRM.

“Mereka kononnya dapat membantu mangsa menyelesaikan kes berkenaan.

“Malah kedua-dua suspek telah membuat kertas pertuduhan dan surat rasmi kerajaan palsu bagi menyakinkan mangsa,” katanya.

Kata sumber sama lagi, walau bagaimanapun semakan SPRM mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod sedang disiasat.

“Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah.

“Mangsa yang mengesyaki perkara itu telah melaporkan kepada SPRM, namun dia telah menyerahkan wang pendahuluan RM50,000 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sumber memaklumkan, atas tindakan segera, SPRM melakukan tangkapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur negara pada waktu berasingan iaitu pada pukul 5.30 petang dan 10 malam semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini