Lee Boon Chye terima lantikan Timbalan Menteri Kesihatan - Utusan Malaysia

Lee Boon Chye terima lantikan Timbalan Menteri Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee boon Chye menjelaskan beliau akhirnya menerima lantikan kerajaan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan setelah menerima pelbagai maklum balas dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan, penyokong dan rakan-rakan.

LEE BOON CHYE
LEE BOON CHYE

Katanya, beliau juga telah berbincang dengan ahli keluarga yang turut merestui penyertaannya dalam barisan Kabinet.

“Setelah berbincang dengan ahli keluarga saya serta pimpinan parti, khususnya Presiden PKR merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. saya dengan rendah diri menerima lantikan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Wan Azizah dan Dr. Zulkefly Ahmad selaku Menteri Kesihatan atas nasihat dan sokongan yang diberi. Saya juga menghargai kepercayaan Perdana Menteri terhadap saya,”,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Boon Chye pernah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri Kesihatan setelah menerima panggilan dari Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Jun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini