56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan - Utusan Malaysia

56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Lima puluh enam anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN yang baharu dilantik, Suhaizan Kaiat dengan didahului Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sebelum diikuti 10 anggota Exco.

Terdahulu, Osman mengemukakan nama Suhaizan sebagai Speaker DUN Johor dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis angkat sumpah diteruskan dengan ADUN Gambir yang juga Anggota Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; ADUN Simpang Jeram yang juga Anggota Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub dan ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng sebelum disusuli kesemua ADUN lain.

Sejurus angkat sumpah kesemua ADUN selesai, Gan, 52, yang juga Setiausaha DAP Johor kemudian dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor apabila nama beliau dicadang Osman dan disokong Aminolhuda. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini