UMNO salurkan semula dana - Utusan Malaysia

UMNO salurkan semula dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – UMNO meluluskan penyaluran se­mula dana ke semua badan perhubungan negeri termasuk bahagian dan sayap parti itu di seluruh negara supaya pelbagai aktiviti parti di kawasan masing-masing dapat dijalankan.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati UMNO di semua peringkat mengalami masalah untuk melaksanakan aktiviti di kawasan mereka berikutan kekangan dana.

Ahmad Zahid yang merupakan calon Presiden UMNO memberi­tahu, penyaluran dana itu akan digunakan untuk menampung kos penggajian, pentadbiran dan aktiviti parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) telah mengeluarkan surat pekeliling untuk menghentikan bantuan kerana ketika itu kita mahu UMNO bahagian menghidupkan aktiviti dengan dana masing-masing.

“Jelas bahawa kemampuan kewa­ngan di peringkat sayap dan bahagian tidak begitu kukuh, maka ibu pejabat UMNO mengambil tanggungjawab untuk meneruskan pemberian dana itu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×