Khabar angin Kabinet mungkin sahih - Salahuddin - Utusan Malaysia

Khabar angin Kabinet mungkin sahih – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Jun – Senarai nama barisan tambahan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan yang tular di media sosial baru-baru ini berkemungkinan sahih kerana khabar angin lalu mengenai barisan pertama Kabinet turut menjadi kenyataan.

Naib Presiden Pakatan Harapan yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut namun tidak menolak keberangkalian berkenaan berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu.

“Saya tidak hendak komen yang baharu tetapi berdasarkan pengalaman yang lalu, the first batch (barisan pertama Kabinet), khabar angin itu sahih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi walaupun telah tular sekarang ini, apa yang boleh saya beritahu adalah surat rasmi daripada Istana Negara telah dikeluarkan yang mereka semua akan mengangkat sumpah pada 2 Julai, itu sahih,” katanya.

Beliau yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Wisma Tani, di sini hari ini.

Baru-baru ini, senarai barisan tambahan Kabinet yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah tular di media sosial dengan jumlah penuh senarai berkenaan akan merangkumi 26 Menteri dan 23 Timbalan Menteri.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM mengesahkan senarai penuh anggota Kabinet telah dimuktamadkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini