Argentina berterima kasih kepada Croatia - Utusan Malaysia

Argentina berterima kasih kepada Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia, Davor Suker mengakui terima puluhan mesej terima kasih yang dihantar oleh pemain dan bekas bintang bola sepak Argentina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia susulan kejayaan Croatia menewaskan Iceland pada perlawanan terakhir Kumpulan D yang sekali gus memberi ruang buat Argentina mara ke pusingan kedua selepas skuad kendalian Jorge Sampaoli itu berjaya menewaskan Nigeria 2-1 awal pagi tadi.

“Saya menerima banyak mesej daripada rakan-rakan yang berada di Argentina. Saya tidak boleh mengesahkan sama ada pemain legenda, Diego Maradona merupakan salah seorang daripadanya tetapi apa yang penting, mereka sangat berterima kasih kepada pasukan kami,” katanya.

Sementara itu, Suker yang merupakan bekas pemain Croatia yang beraksi cemerlang pada kempen Piala Dunia edisi 1998 mengakui anak-anak buahnya berdepan tugas berat apabila diundi bertemu Denmark pada pusingan kedua nanti.

“Denmark merupakan pasukan yang berkualiti. Namun, saya percaya pemain kami sudah bersedia secara mental dan fizikal.

“Sekiranya kami mampu beraksi seperti yang dipamerkan ketika menang ke atas Argentina 3-0 sebelum ini, pasukan kami boleh melangkah jauh,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN