SAMARA – Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez memberikan amaran kepada para pemainnya supaya mempertingkatkan lagi prestasi biarpun berjaya menjadi pendahulu Kumpulan A Piala Dunia 2018 selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Rusia 3-0 awal pagi semalam.
Dalam aksi itu, Luis Suarez mengetuai pasukan dari Amerika Selatan tersebut menamatkan rekod kemenangan Rusia kemenangan yang bermain dengan 10 pemain dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Suarez meledak gol pertama menerusi sepakan percuma ketika permainan ber-usia 10 minit di Arena Cosmos sebelum jaringan sendiri Denis Cheryshev menggandakan kedudukan buat Uruguay berselang 13 minit kemudian.
Harapan Rusia untuk bersaing terkubur sebelum tamat separuh masa pertama sebaik pemain pertahanannya, Igor Smolnikov diarahkan keluar padang pada minit ke-36.
Situasi itu jelas dimanfaatkan Uruguay apabila Edinson Cavani meledakkan gol kemenangan, sekali gus menyaksikan mereka unggul menjuarai Kumpulan A dengan meraih kemenangan maksimum dan tanpa bolos sepanjang tiga perlawanan.
“Rusia gagal mengasak kami biarpun mereka cuba berbuat demikian.
“Bukan sahaja kami berjaya meng-halang mereka berbuat demikian tetapi kami berjaya membuka jaringan dalam aksi separuh masa pertama.
“Kami mungkin mampu menang de-ngan lebih banyak gol, namun gagal menjaringkan gol ketika serangan balas pantas yang mana saya fikir sepatutnya kami harus berbuat demikian.
“Keputusan menyaksikan kami menjadi juara kumpulan cukup menggembirakan tetapi Uruguay tidak boleh cepat men-dabik dada dengan kejayaan malam ini (semalam) kerana akan berdepan laluan lebih sukar nanti,” katanya.
Uruguay bakal bertemu naib juara Kumpulan B, Portugal yang layak selepas seri 1-1 menentang Iran di Saranks dalam aksi yang sama. – Agensi











