Barisan kepemimpinan baharu UMNO perlu diterima rakyat - Utusan Malaysia

Barisan kepemimpinan baharu UMNO perlu diterima rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 26 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan berusaha memastikan barisan kepemimpinan UMNO yang baharu adalah yang diterima oleh rakyat.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara perubahan yang akan dilakukannya jika dipilih menjadi Presiden dalam pemilihan parti , Sabtu ini bagi memastikan parti UMNO kembali mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.

“Kepimpinan dalam parti perlu diubah secara menyeluruh bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi di semua peringkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana kita tidak mahu barisan pemimpin dalam parti adalah yang ditolak oleh rakyat. Kalau kita ada barisan pemimpin yang tidak disukai dan dibenci apatah lagi dimarahi oleh rakyat, susah kita mahu tarik orang menyokong perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra UMNO Sabah bersama Tengku Razaleigh Hamzah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini