KUALA LUMPUR 26 Jun – Pelantun lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raissuddin, 34, dijadualkan bakal menjayakan sebuah persembahan istimewa khas buat para peminatnya yang merindui aksi lincah dan energetik di atas pentas.
Dijangka berlangsung pada 6 Julai ini di Matic Kuala Lumpur, persembahan diberi judul Siti Sarah Special Showcase (4S) itu turut memperdengarkan single terkininya bertajuk Semakin yang mula mendapat sambutan.
Selain lagu Semakin yang melatari drama bersiri Halalkan Hati Yang Kucuri itu, Sarah mahu memanfaatkan persembahan berdurasi selama dua jam tersebut dengan beberapa rangkaian lagu popularnya seperti Jangan Kau Mimpi, Menari Denganku, Ke Hujung Dunia dan Sandarkan Pada Kenangan.
Bagi yang ingin menonton persembahan Siti Sarah, tiket-tiket telah dijual dengan harga RM149 dan RM129 sejak 18 Jun lalu menerusi talian Hotline 017-7603221 dan 03-77320244.
Kepada semua pembeli tiket untuk persembahan anjuran Indigital Sdn. Bhd. berkolaborasi dengan MRS Production itu, anda berpeluang mendapat produk kecantikan Pinky Pinky yang bernilai RM39. – UTUSAN ONLINE










