Kertas siasatan Siti Kassim diserahkan kepada DPP - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Siti Kassim diserahkan kepada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kertas siasatan berhubung penahan peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim pada Jumaat lalu kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada apa lagi yang perlu diulas, semua sedia maklum mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini