Tawar biasiswa, pengecualian yuran bagi galakkan pelajar asing ke Malaysia - Utusan Malaysia

Tawar biasiswa, pengecualian yuran bagi galakkan pelajar asing ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Lebih banyak institusi pengajian tinggi dicadang menawarkan biasiswa penuh atau separa dan pengecualian yuran pengajian bagi mengalakkan ramai pelajar asing ke negara ini.

Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) kepada Majlis Penasihat Kerajaan dalam sesi pertemuan yang diadakan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, langkah itu selaras dengan usaha mengekalkan Malaysia menjadi hab pendidikan antarabangsa.

“Beberapa cadangan diutarakan kepada Majlis Penasihat Kerajaan antaranya mengalakkan kemasukan pelajar asing ke negara ini bagi tujuan melanjutkan pengajian mereka menerusi pemberian biasiswa.

“Kini wujud ramai pesaing baharu (negara asing) yang ingin menjadi hab pendidikan antarabangsa seperti China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut menawarkan biasiswa.

“Jadi, Malaysia perlu mencari strategi baharu untuk kekal kompetitif dalam menjadi hab pendidikan bertaraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat di Menara Ilham, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN