Lebih 1,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri P.Pinang - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri P.Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 26 Jun – Lebih 1,000 orang memenuhi pekarangan serta dewan SP Arena Seberang Jaya di sini sempena sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Majlis tahunan itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Exco-exco Kerajaan negeri serta beberapa kenamaan lain.

Kon Yeow dalam ucapannya sempena majlis itu berkata, sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri pada kali ini sangat meriah dan menjadi lambang keutuhan serta keakraban perpaduan rakyat di negeri ini.

“Pada hari ini, saya melihat seluruh warga Pulau Pinang bersatu hati dan membentuk kerjasama erat walaupun berlainan bangsa dan agama.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa segala dasar dan transformasi yang dibuat kerajaan negeri sebelum ini membawa lonjakan baharu dalam membentuk kepercayaan, kesinambungan dan keluhuran dalam memperkukuhkan hubungan antara kaum di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN