Dakwaan milik RM300 juta: Azmin arah tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Dakwaan milik RM300 juta: Azmin arah tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AZMIN ALI
SHAH ALAM 26 Jun – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan tindakan undang-undang diambil ke atas pemilik laman blog ‘Toyol of Selangor’ yang mendakwanya dan isteri memiliki kekayaan lebih RM300 juta dalam pelbagai akuan di luar negara.

AZMIN ALI
 

 

Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Hassanal Bolqiah Mohd. Yusoff berkata, Mohamed Azmin juga telah meminta pasukan guaman menfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog untuk tindakan susulan.

“Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Blog tersebut pada 18 Jun lalu mendakwa Mohamed Azmin dan isterinya Datin Seri Shamsidar Taharin memiliki lebih RM300 juta menerusi puluhan akuan di luar negara dan dakwaan tersebut dibuat ketika banyak pihak mula bercakap tentang soal pengaruh Timbalan Presiden PKR itu di dalam parti.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN