Sifar pecah rumah di Labuan ketika sambutan Hari Raya - Utusan Malaysia

Sifar pecah rumah di Labuan ketika sambutan Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Tiada sebarang kejadian pecah rumah dilaporkan di Labuan sepanjang tempoh 15 hari Ops Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Labuan Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, operasi telah dijalankan seminggu sebelum sehingga seminggu selepas Aidilfitri (8 Jun – 22 Jun) yang berfokus kepada elemen pencegahan jenayah and penguatkuasaan trafik.

Beliau berkata, sebanyak 801 rondaan telah dilakukan melibatkan unit rondaan  menggunakan kenderaan pelbagai guna, motosikal dan unit udara.

“Kita telah menugaskan enam pengawai kanan dan 40 anggota lain dari empat balai polis bagi operasi itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata, rondaan dilakukan disekitar kawasan perumahan serta perkampungan di mana pemilik rumah pulang bercuti tetapi tidak melaporkan atau berdaftar dengan bilik gerakan polis.

Beliau berkata kadar kemalangan jalan raya di Labuan pula mencatatkan pengurangan sebanyak 13 peratus dengan 22 kes sepanjang tempoh itu berbanding 35 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Katanya, jumlah saman yang dikeluarkan pula meningkat 1.29 peratus  dengan 539 saman berbanding 530 tahun lepas  manakala jumlah kompaun yang dikutip meningkat 3.84 peratus kepada RM16,750 berbanding RM16,130 dalam tempoh yang sama tahun lepas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN