Tiga pemandu selamat kereta rosak teruk - Utusan Malaysia

Tiga pemandu selamat kereta rosak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Seorang daripada tiga pemandu cedera ringan selepas kenderaan dipandu mereka terbabit dalam satu kemalangan jalan di Kilometer 446.4 Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran susur keluar Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh dekat sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu, ketiga-tiga kenderaan terbabit rosak teruk manakala kesemua mangsa terselamat dalam insiden berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku disebabkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru hilang kawalan.
Menurutnya, kereta Myvi itu yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun menyusur keluar dari Lebuh Raya Guthrie tiba-tiba tersasar lalu berpusing serta masuk ke laluan Lebuh Raya Utara-Selatan.
“Myvi itu kemudian merempuh sebuah Perodua Axia dipandu wanita berusia 31 tahun yang berada di lorong kedua dari sebelah kiri di Lebuh Raya Utara-Selatan.
“Pada masa sama sebuah pacuan empat roda Nissan Navara dipandu lelaki berusia 34 tahun yang berada di belakang Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azman berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN