Rasuah: Lelaki dijel sehari, denda RM10,000 - Utusan Malaysia

Rasuah: Lelaki dijel sehari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Jun – Padah kerana memberi rasuah RM500 kepada seorang Pembantu Pe­nguat Kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Januari lalu.

YAU CHANG HONG (kanan) mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan dijatuhi hukuman penjara sehari selain denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam.

Akibat tindakan tersebut, seorang pemilik kilang kayu, Yau Chang Hong, 31, dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengakui bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu dan turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Chang Hong didakwa memberi suapan wang tunai RM500 kepada pembantu penguat kuasa MPK tersebut di Pejabat Jabatan Penguatkuasa MPK, Kluang kira-kira pukul 12 tengah hari, 17 Januari lalu.

Suapan itu sebagai dorongan supaya pembantu penguat kuasa berkenaan tidak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan atas perniagaan kilang papan miliknya di Kampung Gajah, Kluang kerana beroperasi tanpa lesen dan menjadikan rumah sebagai kilang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak mele­bihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar, manakala tertuduh yang mempunyai seorang anak berumur lapan bulan, tidak diwakili peguam bela.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini