Bomba selamatkan enam individu sesat dalam hutan - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan enam individu sesat dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Enam individu yang dikhuatiri sesat di hutan Salem Belalang Sibu Jaya di sini sejak pagi semalam dijumpai tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, empat mangsa dijumpai dalam keadaan lemah pada awal pagi manakala dua lagi dijumpai pukul 11.30 pagi tadi berdekatan Jalan Dudong di sini.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada pukul 9.15 malam tadi daripada orang awam yang memaklumkan keenam-enam mangsa tidak pulang selepas keluar pukul 10 pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka keluar dari rumah sekitar pukul 10 pagi semalam dengan berjalan kaki menuju ke kawasan paip air graviti di Sungai Gat bagi membuat pembersihan.

“Bagaimanapun, mereka tidak pulang sehingga petang semalam sehingga ahli keluarga mereka terpaksa menghubungi bomba kerana bimbang dengan keselamatan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, penduduk kampung yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut bersama-sama bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Semua mangsa berusia 26 hingga 62 tahun ditemui tadi selamat,” ujarnya.

Operasi tamat sekitar pukul 11.45 pagi tadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini