Tiga maut kemalangan di Temerloh - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 24 Jun – Tiga maut manakala tujuh termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Karak Temerloh dekat Kampung Batu 7, Temerloh dekat sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, nahas pada ukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dinaiki lapan orang, sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dan sebuah treler.

“Mangsa yang maut ialah dua lelaki dalam kereta Proton Exora dan pemandu Hilux yang disahkan oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Sani berkata, dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang tersepit dalam Proton Exora cedera dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan.

“Mayat mangsa maut juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini