KUALA LUMPUR 24 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan diumumkan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO baharu selepas berjaya menewaskan lapan calon lain dalam pemilihan parti yang diadakan semalam.
![]() |
|
Shahril Sufian Hamdan
|
Keputusan itu diumumkan menerusi laman Twitter Pemilihan UMNO 2018.
“Secara rasminya Shahril Sufian adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu buat penggal 2018-2021.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tahniah diucapkan kepada saudara Shahril Sufian atas kemenangan beliau dan selamat menjalankan tugas sebagai Naib Ketua Pemuda,” jelas parti itu di laman Twitter. – UTUSAN ONLINE.












